Friday, August 19, 2022

Teroka ekonomi hidrogen: Kerajaan Sarawak ambil langkah berani

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah berani dalam mempromosikan industri tenaga bersih melalui penerokaan ekonomi hidrogen dan mempelbagaikan peralihan sumber tenaga daripada tradisional kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Ketua Menteri Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg berkata, dana sebanyak RM20.3 juta telah diluluskan untuk geran penyelidikan mengenai inisiatif ekonomi hidrogen sebagai bukti komitmen terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini.

Beliau menambah, selaras dengan inisiatif pengangkutan bersih abad ke-21 seperti “Autonomous Rail Transit” (ART) yang telah dicadangkan ia tidak melepaskan karbon ke udara.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Persidangan DUN Ke-18, Rabu.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memupuk semangat membina ekonomi pintar iklim masa depan bagi melindungi alam sekitar di tanah air ini.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC) untuk memulakan inisiatif ini. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru