Seorang lelaki bangun dengan rasa teramat sakit di telinga kanannya. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Lv, 24, meminta adiknya menyuluh di dalam telinganya untuk melihat penyebab penyakit itu. Adiknya memberitahu dia melihat seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam telinga abangnya.

Keesokan harinya LV ke hospital meminta bantuan doktor. Selepas diperiksa doktor menemui lebih 10 anak lipas merayap di dalam telinganya.

Doktor Zhong Yijin yang merawatnya memberitahu Lv mengadu telinganya sakit dan dia dapat merasakan sesuatu merayap dan menggores telinganya.

Lipas-lipas ini kemudiannya berjaya dikeluarkan menggunakan penyepit. Doktor itu bagaimanapun tidak tahu berapa lama lipas itu sudah berada di dalam telinga Lv.