KUCHING: Pada tahun depan Sarawak akan mengadakan perlumbaan larian lasak Spartan Race  sebanyak dua kali di bandar raya ini, iaitu April dan Oktober  pada tahun depan.

Ia diadakan untuk yang pertama kali diadakan di sini pada bulan lepas.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dijangka 7,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka penyertainya.

Acara sempena Tahun Malaysia itu dijadual diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh, di sini pada 4 hingga 5 April dan di Stadium Sarawak pada 3 Okt tahun hadapan.

Abdul Karim berkata perlumbaan itu pada 4 dan 5 April tahun depan akan digelar Spartan Race Sarawak 2020 Southeast Asia (SEA) Super Regional Series yang dijangka disertai 4,000 peserta.

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah ‘Spartan Trial’ sejauh 10 kilometer (km) dan 21km tanpa halangan di dalam hutan; ‘Spartan Sprint’ (5km), ‘Spartan Super’ (10km) dan Spartan Kids bagi kanak berusia empat hingga 13 tahun dengan halangan mini mengikut umur (1km dan 2km).

“Perlumbaan Spartan Race Sarawak 2020 pada 3 Oktober tahun depan pula sempena Bukan Sukan Negara di Stadium Sarawak dan dijangka disertai 3,000 peserta,” jelasnya.

Kategori bagi perlumbaan ini pula ialah ‘Spartan Stadion’ sejauh 5km dengan 20 halangan sekitar stadium, ‘Spartan Kids’ (1km dan 2km), dan ‘Huriccane Heat’ ( 4 jam kem latihan ketahanan).

“Di samping perlumbaan larian lasak ini, Kuching juga akan menjadi tuan rumah kepada Biannual Spartan APAC Owners Submit & Convention 2020 pada April tahun hadapan,” katanya.