ART tangani kesesakan trafik  Kuching-Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Bagi menangani secara berkesan masalah kesesakan jalan raya antara Kuching-Samarahan, Kerajaan Sarawak akan melaksanakan sistem pengangkutan Autonomous Rapid Transit (ART), kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan pesat yang dialami Samarahan menyaksikan pertambahan kawasan perumahan dan penduduk, sekali gus menyumbang kepada kesesakan jalan raya.

Untuk rekod, perjalanan dari sini ke bandar raya Kuching kadangkala mengambil masa lebih sejam terutama pada waktu puncak.

Kata Ketua Menteri, Bahagian Samarahan telah jauh berubah dari segi pembangunan prasarana dan jumlah penduduk.

Jelas beliau, sistem pengangkutan ART telah digunakan di China dan Jepun, dan akan dilaksanakan di Samarahan untuk melancarkan lalu lintas yang dijangka semakin teruk.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena ulang tahun ketiga Majlis Perbandaran Kota Samarahan.