KUCHING: Service Sarawak Kuching Center merekodkan 412,103 jumlah transaksi dengan kadar pengumpulan sebanyak RM312. 8 juta dalam tempoh 13 bulan beroperasi.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, perkhidmatan sama di Sibu dan Miri masing-masing merekodkan jumlah pengumpulan sebanyak RM4.1 juta dan RM5.8 juta dalam tempoh operasi 25 hari.

Katanya, pusat tersebut ditubuhkan pada 2 Disember 2018 bermula di Kuching atas komitmen kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkelas dunia.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada Persidangan Undangan Negeri Sarawak ke-18, semalam.

Talib juga berkata, perkhidmatan tersebut mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat dan ianya akan sentiasa ditambahbaik.

Ini katanya termasuk dengan kakitangan yang dedikasi dan terlatih.

Tambahnya, perkhidmatan yang sama turut akan ditubuhkan di seluruh negeri secara berperingkat.