CHANGZHOU: Lv Mengmeng, pekerja zoo wilayah Changzhou, Jiangsu, timur China memesan barangan keperluan di internet secara online. Dia menanda semua barangan keperluannya di troli beli-belah “kart”.

Lv meninggalkan telefon bimbitnya untuk mendapatkan makanan untuk monyetnya yang kelaparan.

Ketika Lv kembali, dia menerima beberapa pengesahan bagi barangan yang belum dibelinya.

Tidak puas hati dengan perkara tersebut, Lv menonton rakaman CCTV untuk mengetahui hal sebenar yang berlaku.

Sebuah klip video yang kemudiannya disiarkan Jiangsu TV, memperlihatkan seekor monyet memegang telefon bimbit dan menekan layar.

Lv memesan barangan keperluan melalui platform e-dagang Taobao, tetapi monyetya memesan barangan tersebut yang tersimpan di dalam troli beli-belah online.

Lv mengaku, monyetnya belajar cara berbelanja online dengan mengamatinya.

“Kami menghabiskan banyak masa bersama. Saya selalu bermain telefon bimbit di sebelahnya. Ia melihat saya memesan barang di Taobao,” kata Lv.

Lv Mengmeng, pekerja zoo wilayah Changzhou, Jiangsu.
Klip video yang kemudiannya disiarkan Jiangsu TV, memperlihatkan seekor monyet memegang telefon bimbit dan menekan layar.