KUCHING: Belanjawan Negara 2020 lebih memihak kepada Malaya dan PH gagal memenuhi janjinya untuk menyalurkan 30 peratus peruntukan bagi pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian ketika membentangkan ucapan penggulangan bagi kementeriannya di DUN semalam berkata, terdapat perbezaan ketara antara Belanjawan Negeri 2020 dengan Belanjawan Negara 2020.

“Akauntan nombor satu Malaysia mendakwa Sarawak akan jatuh muflis dalam tiga tahun. Dengan belanjawan lebihan Sarawak, beliau tidak pasti siapa akan jatuh muflis dahulu,” katanya.

Dr Sim disifatkan seolah-olah sebagai anak tiri dari segi peruntukan meskipun banyak menyumbang kepada pendapatan negara daripada hasil minyak dan gasnya.

“Belanjawan 2020 tidak memenuhi janji PH seperti yang terkandung dalam manifestonya dan juga seperti dibuat waktu kempen pilihan raya,” jelasnya.

Dr Sim menggesa Adun PH di DUN Sarawak bersuara dengan mengutamakan Sarawak.

“Jangan takut untuk bersuara di Kuala Lumpur. Jangan hanya berani bercakap bagi pihak Malaya di Sarawak,” katanya.