AMUGAGARA: Ann Grace Aguti, 36, anak pendeta Kristian di Teso, Amugagara, Uganda menjadi tajuk berita utama setelah mengahwini tiga lelaki sekali gus.

Hal ini dilakukan selepas hubungan dengan suaminya terputus.

Tiga suami Aguti ialah Richard Alich duda dan pencen polis, John Peter Oluka petani kaya dan Michael Enyaku sarjana senior.

Sebelum ini, Aguti berkahwin dengan lelaki mengikut budaya masyarakatnya, tetapi dia kecewa dengan mantan suaminya yang dianggap tidak berguna.

Aguti menginginkan suami yang lembut dan pengasih, yang dapat memenuhi keperluannya sebagai suri rumah tangga.

Memberitahu Sunday Vision pada 11 November, Aguti berkata dia meninggalkan suaminya dan memutuskan mengahwini tiga lelaki sekali gus.

Sebelum itu, ayah Aguti, pendeta Peter Ogwang mendakwa terdapat wanita yang kahwin dengan lebih dari seorang lelaki dan dia diusir penduduk menggunakan sabit.

Kini, penduduk juga berniat mengusir tiga suami Aguti.

Wanita kahwini tiga suami serentak