KUNMING: Di sebuah desa di selatan China rakaman video menunjukkan wujudnya ikan emas berwajah manusia lengkap mempunyai hidung, mulut dan mata lelaki.

Blog Video Feidian yang popular di China menyiarkan video tersebut yang dirakam pengunjung di Desa Miao, Kunming. Video tersbut kemudiannya viral di Weibo.

Ikan emas sudah lama diketahui membawa tanda yang dapat terlihat seperti wajah manusia, tetapi ia jarang terjadi.

Sebelum ini ikan emas berwajah manusia dilaporkan di Taiwan dan Britain.

Pada 2010, lelaki Britain berusia 44 tahun mendapati ikan emas dibelinya lima bulan sebelumnya mula menunjukkan rupa wajah manusia pada bahagian kepalanya.

Ikan dimiliki Brendan O’Sullivan dari Dagenham, Essex itu berharga sekitar £40,000 (RM212,000).

Di Taiwan, pada 2011, penduduk di Yilan, timur laut Taiwan terkejut menemui ikan emas hitam putih mempunyai wajah ciri-ciri manusia di kolam yang dikendalikan kerajaan setempat.

Ikan mas ber.wajah manusia