SIBU: Langkah  Kerajaan Sarawak melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri  ini mulai tahun depan adalah bagi memastikan murid tidak ketinggalan menguasai bahasa Inggeris,

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee  ia juga bagi merapatkan jurang perbezaan antara murid bumiputera dengan bukan bumiputera.

Untuk itu, beliau menggesa ibu bapa digesa agar  menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap inisiatif kerajaan negeri itu.

“Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak akan menyebabkan anak-anak ketinggalan,” jelas beliau  pada Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah DUN Nangka 2019 di Dewan Suarah Sibu pada Ahad.

“Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak melangkah ke tahun satu tahun depan, tidak perlu risau  dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaran itu,” katanya.

“Percayalah, kalau kita tidak menggunakan bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik, anak-anak kita akan jauh ketinggalan kepada bangsa-bangsa lain,” katanya lagi.

“Jika kita tidak memperkenalkan program ini kepada murid-murid sekolah di luar bandar, ini akan menjadi faktor utama jurang semakin melebar,” katanya.

Jelasnya lagi, langkah itu diambil bagi merapatkan jurang agar murid di luar bandar setanding dengan mereka di bandar.

Beliau menjelaskan sebahagian siswazah tidak mendapat pekerjaan selepas disebabkan penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik.