KUCHING: Ketua Menteri membayangkan kemungkinan mewujudkan grid Borneo bagi membekalkan bekalan elektrik ke ibu kota baharu Indonesia yang dipindahkan ke Kalimantan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kalimantan Timur pasti memerlukan lebih banyak bekalan elektrik susulan perpindahan ibu kota negara 270 juta jiwa itu.

Lokasinya berada di sebahagian Kabupaten Penajam Paser Utara dan sebahagian di Kabupaten Kutai Kartanegara.

“Kini kita mengesksport elektrik ke Kalimantan  dan ketika ini sedang berlangsung rundingan Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan pihak Indonesia untuk membangunkan kuasa hidro,” jelas beliau.

“Indonesia turut meminta kepakaran kita untuk membantu mereka merealisasikan hasrat berkenaan,” katanya lagi.

“Maka dalam jangka masa panjang, saya melihat grid Borneo menjadi realiti sekiranya kerjasama berkenaan terjalin,” jelasnya.