KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai di Batu Caves.

Balai Polis Gombak memaklumkan telah menerima panggilan kira kira jam 5.35 petang mendakwa terdapat seorang lelaki dibunuh.

Pemeriksaan forensik menemui mayat mangsa di dalam koridor bilik. Beberapa kesan tetakan di tangan dan dada turut ditemukan.

Menurut polis,  seperti dilapor Astro Awani, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Taware, Balai Polis Batu Caves, mangsa yang berusia 34 tahun merupakan pemegang kad UNHCR, iaitu pelarian yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian.