KUCHING:  Sarawak bakal menjadikan pengawal pantai sebagai pasukan keselamatan sepenuhnya sekiranya pendapatan negeri ini meningkat.

Ketua Menteri berkata, dalam Belanjawan 2020 Sarawak, beliau memperuntukkan RM90 juta untuk membentuk pengawal pantai buat julung kali.

“Ini termasuk menjaga bot-bot nelayan di kawasan pesisir,” jelas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada masa sama, Ketua Menteri berkata, Kerajaan Sarawak akan meminda Ordinan Perikanan Sarawak 2003 kerana lesen harus diberi kepada penduduk tempatan.

Tambahnya, sekiranya Kerajaan Sarawak berjaya meminda ordinan berkenaan, ia akan mengembangkan dan memperbaik fungsi perkhidmatan pengawal pantai di negeri ini.

“Model kita ialah negara Australia apabila keselamatan laut di bawah kendalian Tentera Laut di peringkat Persekutuan manakala pengawal pantai beroperasi di bawah kuasa Kerajaan Negeri,’ jelasnya.