BINTULU: Menangi wang tunai berjumlah RM24, 000 berserta peralatan memancing dengan menyertai pertandingan Jom Ngail Bintulu 2.0 yang akan diadakan pada 8 Disember depan bertempat di Tebingan Promenade, di sini.

Aktiviti anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Binda ini terbuka kepada semua kaki pancing di seluruh negeri ini dengan yuran pendaftaran RM100 dikenakan kepada setiap peserta.

Penyertaan lewat pula dikenakan yuran pendaftaran RM120.

Aktiviti pertandingan tersebut menawarkan wang tunai masing-masing RM10,000, RM3,000 dan RM2,000 kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga manakala pemenang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang wang tunai masing- masing RM1, 000 dan RM500 selain turut menyediakan wang tunai sebanyak RM200 kepada pemenang tempat keenam hingga kesepuluh.

Pihak penganjur turut menyediakan wang tunai RM100 kepada pemenang tempat ke-11 hingga ke-20 manakala RM70 bagi peserta yang menduduki tempat ke-21 hingga ke-30.

Pemenang pertama juga akan membawa pulang seunit motosikal.

Borang penyertaan,boleh didapati di Kedai Menjual Peralatan Luconia Bintulu atau hubungi Rizal Razali di talian 013-8394701, Nadzirah Morshidi(012-8902451),Alia Zaidel (014-5907385),Harutini Ismail(013-8487878)atau Awang Muizz (014-7059181) untuk keterangan lanjut.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 6 Disember depan.