KUCHING: Pendedahan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Tambahan (AR) dalam pembelajaran merupakan antara kaedah tambah baik pengajaran dan pembelajaran.

Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang berkata, seperti Taska Tadika Yayasanku Sayang,  (TTYS) tahun ini para pelajar telah didedahkan dengan teknologi seperti itu.

“Pada tahun 2019, teknologi VR dan AR telah diperkenalkan kepada anak-anak TTYS sebagai salah satu kaedah menambah baik pengajaran dan pembelajaran secara fun learning,” kata Azmi di dalam ucapannya pada Majlis Konvokesyen TTYS ke-9 di sini, pagi Khamis.

Majlis telah disempurnakan isteri Ketua Menteri merangkap Penaung TTYS Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang sekaligus merasmikan logo dan baju baharu TTYS.

Majlis menyaksikan seramai 25 pelajar TTYS lulus bergraduasi.