KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) cuma agenda Persekutuan untuk menjejaskan kestabilan negeri di peringkat akar umbi.

Malah hakikatnya jelas beliau, persekutuan sudah tahu bahawa negeri ini sudah ada sistem pentadbiran yang terbaik iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Boleh anda bayangkan rumah panjang ada dua ketua, satu dari JKKK dan satu lagi dari MPKKP?

“Mereka (Pakatan Harapan) tahu bahawa kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah di kawasan luar bandar. Oleh itu, mereka mesti membuat strategi di mana mereka mesti memecahkan kekuatan ini. Sebab itulah mereka ingin wujudkan MPKK ini, “katanya.

Tegas beliau, perkara seperti MPKKP adalah sesuatu yang salah.

“Saya tidak mahu penduduk kampung berbalah sesama sendiri disebabkan perkara seperti ini,” ujarnya.