Wednesday, July 28, 2021

Mekanik tersepit kepala ketika baiki kereta

Mesti baca

SITIAWAN: Seorang mekanik cedera selepas tersepit di bawah kereta yang sedang dibaikinya di Kampung Seri Selamat di sini, pada Khamis.

Mangsa, Rahman Ahmad, 52, cedera di bahagian kepala dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut seperti dipetik Astro Awani.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.17 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa telah tersepit di bawah kenderaan ketika membaiki kenderaan itu dan mangsa mengalami kecederaan di kepala,” katanya di sini.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut.

Foto: Ihsan JBPM

Secara Rawak

Artikel Terbaru