Pada 2004, Wang, 36 sering kali dibawa majikannya makan siput sungai goreng. Namun tanpa disangkanya makanan tersebut menyebabkannya menderita kesakitan.

Setahun selepas itu Wang mula berasa mual dan tangan serta bahagian kakinya sering kali terasa sakit sehingga menyebabkannya terkena sawan.

Pada 2018 setelah diperiksa doktor, dia disahkan terkena infeksi parasit.

Parasit sepanjang 12 meter itu ditemui di dalam kepalanya dan dia diberi amaran sekiranya ia tidak dibuang, parasit itu akan makan bahagian otaknya dan boleh menyebabkan kematian.

Pada mulanya Wang cuba mencari cara lain membuang parasit terbabit tetapi setelah diserang sawan sekali lagi pada September tahun ini, dia mengambil keputusan menjalani pembedahan mengeluarkan parasit itu dari kepalanya.

Pembedahan yang dilakukan pakar neurologi berlangsung dua jam dan akhirnya parasit yang menganggu hidup Wang berjaya dikeluarkan.