MOSCOW: Rakyat Rusia gempar dengan kisah penangkapan lelaki kanibal di negara itu baru-baru ini.

Selain makan manusia, dia juga makan haiwan termasuk kucing dan anjing.

Dia ditangkap selepas tiga tulang-temulang manusia, kucing, anjing dan haiwan kecil ditemui pihak berkuasa.

Siasatan lanjut menunjukkan lelaki berusia 51 tahun itu disyaki memakan kesemua mangsa.

Ketiga-tiga manusia yang menjadi mangsanya dikatakan kenal dengannya dan mereka dibunuh semasa tidur.

Mereka dikatakan ditikam, dipotong dan kemudiannya dimakan begitu sahaja sambil lelaki itu minum arak.

Pembunuhan itu dilakukan sekitar 2016-2017 dan tulang-temulang mereka ditemui di dalam sebuah tasik.

Lelaki yang ditahan itu dikatakan mempunyai rekod jenayah kriminal.