KUALA TERENGGANU: Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menumbuk ibunya yang mandi berbogel.

Tertuduh yang berusia 42 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memarahi ibunya seorang warga emas berusia 68 tahun kerana mandi tanpa seurat benang seperti dipetik Astro Awani.

Tertuduh bertindak menumbuk belakang badan ibunya sehingga meninggalkan kesan lebam serta mengenggam tangan kiri ibunya dengan kuat.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu sekitar puku 10 malam pada 1 November lalu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.