KUCHING: Dalam tindakan yang disifatkan mengejutkan, Kerajaan Persekutuan di bawah PH tidak akan lagi membayar gaji dan elaun ketua kaum dan ketua kampung di negeri ini.

Hal ini bermakna, elaun RM500 untuk setiap ketua kaum atau ketua kampung di bawah JKKK di Sarawak tidak akan lagi dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerja Raya menyatakan perkara ini di sini semalam, menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan lagi menyalurkan peruntukan untuk JKKK, susulan penubuhan MPKK oleh Kerajaan PH.

“Tidak ada lagi elaun RM500 untuk setiap ketua kaum dan ketua kampung di bawah JKK daripada Kerajaan Persekutuan mulai tahun depan,” kata Baru yang juga Pengerusi PH Sarawak dan Ahli Parlimen Selangau.

MKKK akan ditubuhkan pada tahun depan, tetapi mendapat tentangan hebat dalam kalangan pemimpin komuniti akar umbi kerana dipercayai sebagai senjata politik PH, dan bakal mencetuskan konflik dan pergeseran yang memecahkan rakyat.