KUCHING: Adun Jemoreng (GPS) Datuk Juanda Jaya menyifatkan MPKKP yang bakal ditubuhkan oleh Kerajaan PH di Sarawak  mulai tahun depan sebagai menyalahi semangat Perjanjian Malaysia 1963, dan sebagai Majlis Pecah Belah Kaum Keluarga.

“Ini majlis haram. Ini majlis illegal. Mereka lupa tugas JKKK bukan main-main,” katanya ketika membahas Belanjawan Negeri 2020 di DUN, semalam.

Dalam belanjawan berkenaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengumumkan peruntukan RM100 juta  untuk menggerakkan jawatankuasa itu pada tahun depan.

“Nanti apabila wujudnya MPKK apakah ia juga akan sahkan adat istiadat dan perkahwinan?” tanya beliau.

“Kalau mahu salurkan khidmat persekutuan, apa tidak cukup pegawai persekutuan sedia ada di sini. Apa mereka yang sedia ada ini tidak ada fungsi?,” katanya lagi.

“Mereka lupakan bahawa fungsi pejabat persekutuan di Sarawak mestilah melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak. Apa lagi mau tipu?,” katanya lagi.