KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) bermatlamat meningkatkan inovasi digital dan keusahawanan dalam kalangan belia di negeri ini.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri, Abdullah Saidol berkata ,bagi meningkatkan pembangunan kapasiti dan bakat ke arah pembangunan ekonomi digital, TEGAS telah bekerjasama dengan rakan-rakan strategik khususnya Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Jelasnya, TEGAS telah melancarkan kempen #innovatesarawak, iaitu siri bimbingan professional dari pakar industri serta akses kepada teknologi disediakan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN  Saribas, Mohammad Razi Sitam dalam Persidangan DUN Sarawak ke-18, hari ini.

Sementara itu , Abdullah Saidol memberitahu, TEGAS dengan SMA turut membangunkan 91 ‘startups’ melalui program inkubasi dan program ‘accelerator’.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, sehingga Julai 2019, TEGAS bersama dengan rakan strategiknya telah melaksanakan sejumlah  112 program digital innovation hub SMA-TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri yang melibatkan hampir 3 ,000 ahli komuniti sejak September 2017 dengan tujuan memberi inspirasi dan melatih ‘startup’ dan usahawan di Sarawak.