KUCHING:  Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak  menyatakan sokongannya terhadap usaha Kerajaan Negeri  untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas atas keliatannya melunaskan cukai jualan lima peratus produk petroleum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berkata DAP bersedia membantu Kerajaan Sarawak mengheret syarikat minyak itu ke mahkamah demi rakyat Sarawak.

Terdahulu, Violet menyatakan pendiriannya itu menerusi usul yang dibentangkan dalam DUN agar kerajaan Sarawak menyaman Petronas jika syarikat itu gagal membayar cukai lima peratus daripada eksport minyak dan gas yang digali dari Sarawak.

Saya dan bagi pihak parti DAP, menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri Sarawak mengambil tindakan  ke atas Petronas untuk menuntut bayaran cukai jualan lima peratus produk-produk petroleum. Ya,

Beliau berkata demikian ketika disoal Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar adakah beliau dan ADUN daripada DAP yang lain menyokong tindakan undang-undang. 

“Ya, dan saya juga yakin raqkan-rakan dalam Pakatan Harapan Sarawak juga menyokongnya,” kata beliau ketika ditanya berulang kali oleh Asfia.

Bagaimanapun,  usul berkenaan ditolak DUN kerana menurut Asfia perkara itu dinyatakan jelas oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2020 pada Isnin.