KUCHING: Sebanyak 66 atau 2.5 peratus daripada 2,641 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dikategorikan sebagai projek sakit di Sarawak tahun ini.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, projek sakit ini berpunca daripada kontraktor yang lemah, berdepan dengan masalah kewangan dan kesukaran membawa bahan binaan ke tapak.

“Secara keseluruhannya, terdapat 139 atau dua peratus projek sakit daripada 10,001 projek yang diluluskan dari tahun 2015 hingga September 2019,” katanya ketika menjawab soalan daripada Mohamad Chee Kadir (GPS-Kabong) pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini, sebentar tadi.