KUCHING: Sejumlah RM1.3 juta cek diserahkan kepada 150 orang penerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk Fasa Ke-4.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, penyerahan ini merupakan cek untuk fasa terakhir kepada penerima MRP.

Ujarnya, melalui dana ini segala pelaksanaan projek terutamanya di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diharap berjalan dengan lancar dan saksama.

“Saya ingin mengingatkan agar ahli jawatankuasa JKKK tidak boleh di kalangan ahli keluarga sendiri kerana perkara ini akan berpotensi berlakunya penyelewengan duit” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek kepada Penerima MRP Fasa Ke-4 di Dewan Undangan Negeri, hari ini.