KUCHING: Bahagian Kuching terpilih sebagai tuan rumah sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini.

Satu perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 9 November di Padang Merdeka, Kuching.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dijangka seramai 10,436 peserta daripada 267 kontinjen akan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri itu.

Beliau berkata demikian  semasa sidang media berkenaan sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Dr Abdul Rahman menambah, dua laluan akan digunakan untuk perarakan pada majlis tersebut kerana penyertaan melebihi 10,000 orang

Katanya, sebanyak 10 kategori kontinjen yang menyertai perarakan tersebut yang terdiri daripada jabatan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, prima swasta termasuk syarikat dan institusi kewangan, masjid surau, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, persatuan kelab dan pertubuhan kampung juga institusi pendidikan guru, sekolah-sekolah menegah dan beberapa kumpulan hadrah.