KUCHING: Kini, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diberi mandat melaksanakan aktiviti cari gali minyak dan gas di pesisir Sarawak.

Petros turut berhak menilai semua permohonan untuk lesen atau pajakan perlombongan yang dijalankan di negeri ini

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg Tun Openg membentangkan Belanjawan 2020 Sarawak berkata, sebagai permulaan lesen perlombongan darat dikeluarkan kepada Petros untuk beroperasi di Limbang.

Hak diberikan oleh Kerajaan Sarawak ini termaktub di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958).

Hal ini dijangka memberi kelebihan kepada Sarawak untuk mendapatkan bahagian lebih adil daripada industri minyak dan gas yang dijalankan di negeri ini.