KUCHING: Terus menangguhkan pembayaran 5 peratus Cukai Jualan Negeri menurut Ordinan Cukai Jualan, Sarawak akan mengenakan faedah terhadap Petronas atas pembayaran lewat cukai berkenaan.

Menteri Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam sidang akhbarnya di kompleks Dun pada Selasa, berkata Kerajaan Sarawak sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas berhubung kelewatan bayaran cukai tersebut.

Difahamkan tempoh rundingan dengan Petronas sudah berakhir 31 September lepas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2020 mengesahkan Petronas belum lagi membayar cukai jualan 5 peratus yang dituntut itu.

Belanjawan Sarawak menjangkakan Sarawak mengumpul RM3,491 bilion daripada Cukai Jualan Negeri dengan RM2,878 bilion dijangka datang daripada minyak mentah, gas asli cecair dan produk petroleum lain.