Penumpang di dalam pesawat Nordwind yang dalam perjalanan ke Phuket, Thailand bekerjasama membantu krew kabin melilit badan penumpang yang mabuk.

Lelaki itu terpaksa diperlakukan sedemikian rupa selepas dia cuba membuka pintu pesawat ketika pesawat masih di udara.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terpaksa menahannya sebelum dililit menggunakan pembalut plastik.

Pesawat itu kemudiannya melakukan pendaratan kecemasan di Uzbekistan untuk menurunkan lelaki tersebut yang kemudiannya ditahan pihak berkuasa.

Selepas pesawat itu berlepas semula, berlaku lagi dua insiden yang membabitkan dua penumpang mabuk berkelahi sesama sendiri dan satu lagi membabitkan penumpang merokok di dalam tandas.

Ketiga-tiga penumpang ditahan pihak berkuasa sebaik sahaja mereka mendarat di Thailand.

Secara kebetulan turut serta di dalam penerbangan itu ialah Elena Demidova, wartawan televisen.

Menurutnya ini merupakan kali pertama dia melalui pelbagai insiden yang mendebarkan dan dia bersyukur semua mereka selamat tiba di destinasi.