KUCHING: Sebuah hospital swasta, Kuching Specialist Hospital cawangan BDC dijangka membuka pintunya kepada pesakit mulai Mac tahun depan.

Hospital berkeluasan 23,000 meter per segi dan setinggi lapan tingkat itu dilengkapi 150 katil.

Menurut pengarah eksekutifnya, Roslan Ahmad, hospital itu antara lain mempunyai pusat prmulihan kanser dan pusat selepas bersalin.

“Hospital KPJ hampir siap dan ia dapat digunakan selepas reka bentuk dalaman siap,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelepasan peserta larian amal kesedaran kanser KPJ Kuching, semalam.

“Pusat perubatan ini dapat menampung lebih banyak pesakit dalam satu-satu masa apabila ia beroperasi sepenuhnya,” jelas beliau.

Kata Roslan, KPJ mahu mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Sarawak.