MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membayangkan bahawa Belanjawan Negeri 2020 yang dibentangkannya hari ini adalah lebih baik  daripada belanjawan sebelumnya.

Dijangka berpaksikan teras yang sering dijelaskan beliau, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi  beliau dipercayai membentangkan Belanjawan lebih baik daripada Belanjawan 2020 Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini.

“Ya, lebih baik,” jawabnya singkat, dan enggan mendedahkan butiran lanjut selepas menghadiri satu upacara di sini.

Abang Johari akan membentangkan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini.

Belanjawan itu dipercayai akan menitikberatkan kepentingan, kebajikkan dan masa depan rakyat dengan memberi fokus kepada pembangunan prasarana,  pendidikan, pertanian moden, pelancongan dan sektor pertanian moden.

Pada November 2018, beliau membentangkan Belanjawan 2019 yang melakar sejarah apabila menyalurkan peruntukan sekitar RM11 bilion, belanjawan tertinggi bagi Sarawak.