SYDNEY: Polis Australia menangkap empat lelaki dikaitkan dengan syabu bernilai AS$210 juta (RM874 juta) yang disembunyikan di dalam ratusan botol sos.

Rampasan itu dihantar dari Amerika Syarikat.

Menurut Fox News pada Jumaat lelaki berusia 45 tahun ditangkap di Sydney, dikaitkan dengan tiga suspek lain yang ditangkap awal Oktober.

Sebelum ini petugas mendapati 768 botol sos Sriracha diisi dengan syabu.

Lelaki berusia 36 tahun ditangkap di Plumpton 20 Oktober lepas, diikuti dua lelaki di Victoria berusia 30 dan 34 tahun ditangkap di tapak parkir hotel di Sydney.