SEATTLE: Sekitar 7 malam, seorang lelaki menyelinap masuk sebuah bangunan di Seattle.

Dia kemudian masuk ke pejabat perkhidmatan kewangan dengan menolak pintu kasar.

Secara kebetulan seorang pekerja masih berada di bilik itu dan dia sempat menyembunyikan dirinya.

Suspek terus masuk ke sebuah bilik, mengalih lukisan di dinding dan menemui barang yang di carinya, semangkuk besar coklat gourmet.

Pekerja tersebut melihatnya makan coklat itu dengan lahap sekali.

Dia mengganggarkan coklat itu bernilai AS$200 (RM830).

Selepas itu dia kelihatan sesak nafas selepas makan terlalu banyak coklat manis.

Dia kemudiannya tertidur di sofa selepas membuka kasut, jaket dan jam tangannya.

Apabila pegawai keselamatan datang untuk membawanya keluar dari pejabat itu dia sempat menjerit, “awak perlu bunuh saya dulu sebelum membawa saya ke penjara!”

Namun akhirnya dia terpaksa akur juga.

Lelaki itu kemudian ditahan atas kesalahan memecah masuk untuk tujuan mencuri, sengaja melakukan kerosakan dan dua kesalahan lain.