GHANA: Viemens Bamfo, 12, hanya dididik di rumah (homeschooling) oleh ayahnya. Bagaimanapun, Viemens berjaya lulus cemerlang dalam ujian masuk ke Universiti Ghana.

Ramai, terkejut mendapat tahu dia diterima masuk Universiti Ghana menyambung pengajiannya.

Ayah Viemens, Robert Bamfo memberitahu, dia terpaksa menghentikan persekolahan anaknya kerana tidak mampu membayar yuran sekolah.

Viemens Bamfo, 12, tidak pernah sekolah berjaya masuk universiti dan bercita-cita jadi presiden Ghana.

Ekoran itu dia mengambil keputusan mendidik sendiri anaknya sebaik mungkin.

Menurut Viemens, ayahnya menggunakan subjek diminatnya sebagai contoh untuk mengajarnya dan ini membuatnya lebih cepat memahami konsep yang rumit.

Impian Viemens menjadi Presiden Ghana dan mahu menjadikan Ghana negara yang benar-benar merdeka seperti China, AS, England dan negara lain.