MIRI: Jabatan Hutan Sarawak mengambil serius dalam menjaga dan memelihara hutan serta membanteras kegiatan pembalakan haram dan pencerobohan di Sarawak.

Sehubungan itu, jelas Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden bin Haji Mohammad, pihaknya mengambil serius terhadap pembalakan haram dan pencerobahan hutan dengan mengambil tindakan segera ke atas mereka yang melanggar undang-undang.

“Jabatan Hutan Sarawak menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penguatkuasaan dan pemantauan melalui udara untuk membanteras aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Apresiasi Peringkat Pejabat Hutan Wilayah Utara sempena Sambutan 100 Tahun Jabatan Hutan Sarawak di Hotel Imperial Miri, pada Jumaat.

Datu Hamden turut memberitahu bahawa pihaknya juga telah menerima peruntukan yang besar pada Rancangan Melaysia Ke 11 (RMK11) bagi membolehkan kerja-kerja membangunkan sistem udara dan meningatkatkan kepakaran dalam teknologi.

“Atas kepesatan pembangunan teknologi, Jabatan Hutan Sarawak memperoleh peruntukan besar daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia dalam Rancangan Melaysia Ke 11 (RMK11),” ujarnya.

Malam Apresiasi Pejabat Hutan Wilayah Utara ini diadakan bagi dianjurkan bagi menghargai semua pihak yang telah membantu melaksanakan tugas menyokong usaha Jabatan Hutan Sarawak menjaga dan menguruskan hutan dengan baik sehingga diangkat sebagai antara 25 buah Biological Hotspot di di dunia.

Ianya turut diadakan sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke 100 Jabatan Hutan Sarawak pada tahun ini.

Hadir sama Residen Bahagian Miri Haji Mastapa bin Haji Julaihi, Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denny bin Haji Ahmad Fauzi dan wakil jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat-syarikat.