WUHAN: Zhu Shengkai dari Hubei sudah berusia 34 tahun, tetapi dia masih berwajah budak.

Mengutip Daily Mail, Zhu, petani yang juga tukang gunting di Wuhan itu mendakwa tubuhnya berhenti membesar selepas kepalanya terkena lemparan batu semasa dia bermain ketika masih kecil.

Kini, suara dan penampilannya masih seperti anak kecil.

Foto: Weibo. Zhu Shengkai berusia 34 tahun.

Menurut Zhu, doktor memberitahunya dia mendapat luka pada kelenjar pituitar di bahagian otak yang melepaskan hormon pengawal pertumbuhan tubuh.

Kelemahan khidmat kesihatan 1980-an di pedalaman China, menyebabkan Zhu tidak menerima rawatan dengan baik.

Menceritakan keadaannya selepas terkena batu, Zhu mengaku dia mengalami demam panas tiga hari.

Ketika dibawa ke klinik, doktor mendapati ada darah beku pada otaknya dan ia berjaya dikeluarkan.

Selepas itu dia tidak memikirkan perkara itu akan memberi kesan kepadanya.