JAKARTA: Mantan ratu cantik Gambia, Fatou Jallow mengaku pernah diperkosa oleh mantan Presiden Yahya Jammeh.

Jammeh meninggalkan Gambia pada Januari 2017 setelah tewas dalam pemilihan Presiden.
Beliau menduduki jawatan Presiden pada Julai 1994 dengan melancarkan rampasan kuasa atau kudeta.

Setelah itu Jammeh berulang kali terpilih kembali hingga akhirnya dikalahkan oleh Adama Barrow pada Desember 2016.

Jallow menuduh Jammeh memperkosa kerana kecewa lamarannya ditolak.

“Beliau ingin memberi saya pelajaran, apa yang dilakukannya adalah melampiaskan egonya,” kata Fatou Jallow seperti dilapor AFP.

Jallow mengaku tidak mengambil peduli dengan status Jammeh.

Ujarnya, Jammeh tidak boleh sewenang-wenang dan menganggap boleh mendapatkan apa-apa yang diinginkan daripada jabatannya, termasuk wanita.

“Ada kata-kata seperti ‘kamu fikir kamu siapa’? Bahawa beliau ialah Presiden dan boleh mendapatkan wanita yang beliau inginkan,” kata Jallow kepada Suruhanjaya Kebenaran, Rekonsiliasi dan Perbaikan (TRRC) Gambia.