TORONTO: 14 Rekod Buku Guinness dipecahkan semasa maraton di Toronto

Wakil Rekod Buku Guinness mengumumkan 14 rekod berjaya dipecahkan semasa acara maraton di Toronto baru-baru.

Antaranya ialah berpakaian seperti buah, sayur, watak kartun, koboi dan watak penjahat.

Acara Maraton Toronto Scotiabank Waterfront 2019 ini disertai 22 peserta yang mahu memecah Rekod Buku Guinness sepanjang perlumbaan itu, namun hanya 14 peserta berjaya melakukannya.

Salah seorang pemenang rekod itu Melvin Nyairo memenangi kategori pakaian buah, dia ditaja oleh Chiquita Bananas dan kemenangannya membolehkannya makan pisang percuma setahun.