NEW DELHI: Seorang perempuan berusia 21 tahun di India dipercayai meragut nyawa sendiri kerana suaminya sering mengejeknya ‘berkulit gelap’, kata polis setempat seperti dipetik BBC Hindi.

Polis di  Bahagian Rajasthan memasukkan laporan ayah perempuan tersebut yang menuduh menantunya bertanggungjawab atas kematian puterinya.

Menurut ayah perempuan tersebut, menantunya “berulang kali mempermalukannya kerana kulitnya yang gelap” sehingga berakhir dengan kejadian bunuh diri.

BBC berkata, polis menegaskan belum melakukan penangkapan. 

“Suami perempuan itu juga belum memberi pernyataan atas tuduhan yang dialamatkan kepadanya,” katanya.

Ini bukan kes “kulit gelap” pertama yang didakwa menyebabkan perempuan India bunuh diri mengingat banyak orang India menganggap kulit yang putih dan cerah lebih superior berbanding kulit gelap.

Pada 2014, seorang perempuan berusia 29 tahun bunuh diri setelah suaminya mengejek kulitnya yang gelap.

Pada 2018, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bunuh diri setelah teman-teman sekelasnya menyebutnya “jelek” kerana dia “berkulit gelap”.