Wednesday, June 29, 2022

Sarawak ditadbir secara adil untuk rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan berteraskan model Piagam Madinah dalam mentadbir negeri ini secara adil dan saksama dimana masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau mengambil contoh pentadbiran Nabi Muhammad SAW yang berteraskan Piagam Madinah dimana baginda mentadbir semua golongan di bawah pentadbirannya sama ada Islam atau bukan Islam.

“Itu menjadi model kita di Sarawak untuk mentadbir masyarakat berbilang kaum dan agama, kita menggunakan konsep kewujudan bersama di mana kita bersama-sama, hidup dalam keadaan yang baik dan terus hidup dengan sempurna, maka kalau konsep ini jadi konsep negeri kita, sudah tentu kita akan jadi maju seperti mana orang lain maju,” katanya

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Agensi-agensi Majlis Islam Sarawak di Kuching pagi semalam.

Dalam pada itu mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berharap dialog bersama agensi-agensi Islam akan mengetengahkan lagi dasar-dasar kerajaan untuk mengurus tadbir masyarakat Islam dan memperbaiki sebarang kelemahan sekiranya ada.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru