KUCHING: Isu berkaitan  penggunaan perkataan hadiah yang digunakan oleh Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat  mencetuskan kekecohan apabila Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mencelah beliau ketika menyampaikan perbahasan.

Namun, Dr Maszlee Malik sama sekali enggan memberi ruang apabila diminta untuk menarik balik perkataan tersebut walaupun banyak kali diminta oleh Luksnisman.

Video berkenaan mulai tular sejak semalam.

Beliau mahu menteri yang banyak mencetuskan kontroversi itu menarik balik perkataan hadiah.

“Di Sarawak banyak sekolah daif. PH akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” kata Dr Maszlee.

Lukanisman terus mahu mencelah tetapi tidak diberi laluan oleh Speaker.

“Ini untuk masa depan Menteri. Tarik balik perkataan hadiah menteri, ia tanggungjawab,”

“Sibuti, amaran terakhir, ya. Sila duduk, “kata Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof lagi tetapi Lukanisman tetap enggan mengalah.

“Kita bukan pengemis, kita bayar,” sambil Speaker terus menggesa Sibuti.

“Adakah Sibuti berhajat untuk duduk, menteri tidak mahu benarkan,” kata Speaker.

“Ini bukan hadiah.

“Kita minta Sibuti duduk,” kata  Ahli Parlimen DAP yang terkenal dengan lagak kerasnya di Dewan Rakyat yang turut mahu mencelah.

Ahli Parlimen Arau (UMNO),  Datuk Sri Shahidan Kassim mahu mencelah dan meredakan keadaan.

“Saya tak mahu ganggu. Ini sangkaan yang tak benar. Yang YB sebut ialah hadiah. Ini wang yang hendak dibayar bayar balik. Kalau tidak kesian orang Swak  padahal mereka perlu bayar balik,” kata Shahidan.