Sunday, September 25, 2022

Mukah ke final

Pertandingan Bola Sepak Veteran Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak kali Ke-39 Serian 2019

Secara Rawak

SERIAN: Pasukan Mukah melangkah ke perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Veteran Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak kali Ke- 39 Serian 2019 setelah menewaskan pasukan Bintulu.

Jaringan tunggal ketua pasukan, Abdul Rahman Sallehudin mempastikan pasukan bandar Umai tersebut ke final menentang pasukan tuan rumah, Serian di Stadium Serian jam 3.00 petang esok.

Di suku akhir, Mukah menewaskan juara bertahan, pasukan Kuching dengan jaringan 3-1.

Manakala, pasukan Serian menewaskan pasukan Betong 3-1 di separuh akhir yang bermain di SK St. John Taee, Serian.

Pertandingan Bola Sepak Veteran adalah salah satu pertandingan sempena Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak kali ke 39 yang diadakan di bandar Serian.

Objektif pengelolaan ialah memaksimumkan penyertaan warga pendidik dalam kegiatan sukan, merapatkan ukhuwah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, melalui pesta ini juga dapat memilih pemain yang akan mewakili pasukan negeri Sarawak ke Pesta MSKPP Peringkat Kebangsaan di Melaka pada Disember kelak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru