KUCHING: Pada bulan lepas buat pertama kalinya Sarawak telah mengeksport 12 tan ikan tilapia ke Singapura yang telah memberi kesan yang berjaya pada hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata teknologi pertanian moden telah menaikan jumlah eksport dalam merancakan lagi industri pertanian negeri.

Menurut beliau , pendekatan ini telah mengurangkan import barangan ke Sarawak sekaligus menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri pengeksport makanan.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2019 di Kuching semalam.

Ujarnya lagi, ini membuktikan Kerajaan Sarawak begitu komited dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) untuk industri pertanian.