Tuesday, June 28, 2022

Sarawak milik rakyat Sarawak

Secara Rawak

SIMANGGANG: Rakyat perlu terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan Sarawak dalam menjaga hak-hak negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan hanya boleh ditadbir oleh anak jati Sarawak.

Tegas beliau, hak-hak keistimewaan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seharusnya dipertahankan sepanjang masa.

James Masing berkata demikian semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kujat Tandang, Engkilili.

Sementara itu, beliau menambah, hasil bumi seperti minyak dan gas di negeri ini adalah hak mutlak rakyat Sarawak.

Dalam majlis sama, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membina tempat pakir Rumah Panjang Kujat Tandang dan RM5,000 untuk Biro Wanita.

SourceUkas

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru