HARBIN: Orang ramai khususnya pemandu kenderaan di Harbin, China berpeluang menyaksikan fenomena agak luar biasa di jalan raya yang dilalui mereka setiap hari.

Sebuah pesawat yang dibawa oleh lori tersangkut di bawah sebuah jambatan.

Lori tersebut dalam perjalanan membawa pesawat itu menuju ke kilang.

Pemandu yang lalu-lalang di jalan tersebut mengambil kesempatan merakam kejadian itu.

Sekumpulan pekerja kelihatan berkumpul di tepi jalan memikirkan cara terbaik menyelesaikan masalah tersebut.

Akhirnya pemandu lori tersebut mencadangkan agar tayar pesawat itu dikempiskan bagi membolehkan pesawat terbabit menjadi lebih rendah.

Selepas ia berjaya dikeluarkan tayarnya dipam semula bagi memudahkan lori itu membawanya ke lokasi yang ditetapkan.