KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperkasakan industri pelancongan dan perkhidmatan negeri dengan bajet yang lebih tinggi untuk membangunkan industri berkenaan ke arah yang lebih mampan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hari ini Sarawak telah menampakan tanda-tanda kejayaan dalam pelancongan kesihatan, kerana hospital-hospital di Sarawak semakin berkembang susulan kehadiran pelanggan dari luar negara yang semakin bertambah.

Menurut beliau, beberapa buah hospital di Sarawak akan dibesarkan antaranya adalah Borneo Medical Centre dan Timberland Medical Centre di kuching.

Dalam pada itu sebuah hospital swasta khusus untuk merawat kanser akan dibangunkan di Tabuan dan sebuah lagi di Bandaraya Kuching.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2019 di Kuching semalam.

Ujarnya lagi insdustri pelancongan dan perkhidmatan sudah menampakan respon yang baik dan Kerajaan Sarawak akan memperkasakan kaedah-kaedah yang penting dalam sektor tersebut.