Tuesday, June 28, 2022

Pastikan ikan tak pupus di Sarawak: Tangkap dan lepas

Secara Rawak

LAWAS: Dalam usaha memastikan sumber ikan tidak pupus dan terjamin, kaedah tangkap dan lepas semasa memancing harus dipraktikan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman bin Ismail, berkata ini bagi membolehkan sumber ikan tidak pupus selain menjamin ekosistem laut terpelihara.

“Dalam dunia memancing pada hari ini, setiap pemancing sepatutnya mengamalkan kaedah tangkap dan lepas semasa memancing, ada yang diambil dan ada yang dilepaskan juga.

“Kita tak bolehlah ambil semua, anak ikan, ibu ikan dan telur ikan. Kalau kurang 300 gram, jangan bawa balik. Biarlah ia membesar dahulu.

“Sepatutnya kita kena lepaskan agar ia tidak pupus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Hj Awang Tengah bin Ali Hasan pada Majlis Penutupan Pertandingan Memancing Ikan Kampung Punang, Lawas pada Ahad.

Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mencadangkan agar penganjuran pertandingan memancing ini akan dapat diadakan pada skala yang lebih besar pada masa akan datang.

“Saya mencadangkan agar penganjuran pertandingan memancing pada tahun depan diadakan dalam skala yang lebih besar.

“Perkara ini akan saya maklumkan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan agar program pertandingan memancing ini mempunyai peruntukan yang lebih besar dan dibuat sebagai acara tahunan,” ujarnya.

SourceUkas

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru