Wednesday, June 29, 2022

Kukuhkan perpaduan kaum dalam masyarakat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Masyarakat Islam di Sarawak digesa untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi mengelakkan perpecahan dalam mentadbir urus hal ehwal Islam di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perpaduan ini penting untuk masa depan masyarakat Islam bagi memperkuatkan lagi pentadbiran mengikut adat resam yang ada di negeri Sarawak.

Selain itu, beliau juga turut menggesa masyarakat Islam di negeri untuk bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam kerana pentadbiran di Sarawak mengamalkan sikap keadilan di antara Islam dan bukan Islam.

“Di Sarawak kita ada UNIFOR. Jadi kita harus adil. Urusan tadbir mereka biarkan mereka atur manakala urus tadbir kita (Islam) biarkan kita sendiri kerana apa yang penting adalah negeri kita aman,”

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Agensi-agensi Majlis Islam Sarawak di Kuching hari ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri mempunyai undang-undang sendiri di bawah Mahkamah Syariah yang mentadbir urus hal ehwal masyarakat islam di Sarawak dengan baik.

“Apabila sistem pentadbiran disusun dengan baik segala masalah juga akan diurus dengan baik. Sekira berlakunya percanggahan maka kucar kacir la negeri kita,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru