Tuesday, June 28, 2022

Kerajaan Sarawak sentiasa pastikan luar bandar dapat bekalan air bersih

Secara Rawak

BAU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan penduduk di kawasan luar bandar menikmati kemudahan bekalan air yang konsisten.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, begitu juga di daerah Bau, kerajaan negeri menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan memastikan masyarakat setempat menerima bekalan air tanpa sebarang gangguan.

Jelasnya, beliau mengakui meskipun terdapat gangguan bekalan air di daerah Bau, namun ia tidak menjadi penghalang kepada agensi kerajaan negeri untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Santai Bersama Pemimpin di Kampung Daun Ngori Singai, Bau, pada Ahad.

Sementara itu, Henry memberitahu, beliau turut menyalurkan peruntukan kepada kampung di kawasan Tasik Biru bagi membaik pulih bekalan air paip graviti.

Dalam majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan projek transformasi luar bandar (RTP) sebanyak RM250,000 bagi pembinaan Dewan Kampung Daun.

SourceUkas

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru